1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Berhajat nak pasang pagar elektrik bagi kebun anda di kampung

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Sunday, 08 April 2012

Kebun kat Kelantan tapi tuan punya kebun berkerja di K.L, Selangor atau Pahang. Namun berhajat untuk pasang pagar elektrik bagi kebun masing-masing. Pihak kami ada penyelesaiannya.

Rata-rata, golongan yang berkerja di pejabat seperti cikgu, kerani, banker. Sejak 3-4 tahun kebelakangan ini golongan ini sudah beralih balik ke pelaburan gaya 'orang kampung' iaitu membeli kebun getah atau kelapa sawit. Faktor utama ialah harga komuniti yang tinggi dan stabil.

Mereka ini biasanya mampu dari segi kewangan namun ada kekangan dari segi masa. Salah satu komponen penting dalam pelaburan kebun getah atau kelapa sawit anda ialah sistem pagar elektrik bagi melindungi aset tanaman di peringkat awal dari musuh. Kami di Pergau Hatchery ada penyelesaian kepada masalah ini.


Beli online : penghantaran pagar elektrik ke Kuantan

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Saturday, 24 March 2012

Ini sebahagian penghantaran yang dibuat pihak Pergau Hatchery ke Kuantan bagi pembeli yang membeli peralatan pagar elektrik secara dalam online. En Ab Rahman antara sebahagian pembeli yang selesa menggunakan kaedah pembelian secara online. Kaedah ini ternyata lebih menjimatkan duit dan masa pembeli.

Mungkin pembeli di luar sana masih ragu-ragu dengan kaedah ini, anda boleh membaca lebih terperinci langkah pembelian secara online di bawah untuk lebih jelas lagi. 

Pagar elektrik gajah kini di Perak: penghantaran pagar elektrik ke Lengong Perak

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Sunday, 18 March 2012

Dalam membekalkan satu sistem pagar elektrik pertanian yang berkesan buat pelanggan kami, pihak Pergau Hatchery sendiri perlu turun padang berikan khidmat nasihat secara langsung kepada pekebun dan peternak.

Perkara ini sudah menjadi rutin pihak kami ketika menjual pagar elektrik terutamanya pada sekitar penghujung 90an sehingga awal 2000 iaitu di Hulu Kelantan seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli sendiri. Baik untuk memagar kebun getah dari babi sehingga menternak lembu di sekitar rumah. Dan bagi kes yang besar seperti serang gajah, pihak Pergau Hatchery perlu masuk ke ladang kelapa sawit milik syarikat perladangan.


Pagar elektrik bagi ternakan ayam

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Thursday, 08 March 2012

Sistem pagar elektrik turut sama digunakan di reban ternakan ayam bagi menghalang musuh seperti biawak, musang, ular sawa dan babi daripada memakan ayam. Ini contoh salah satu pelanggan Pergau Hatchery, yang gunakan pagar elektrik bagi halang biawak dan musang daripada memakan anak ayamnya.

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

Artikel aqua - Ternakan Keli

Written by PVH Friday, 02 March 2012

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Penghantaran 2 panel solar pagar elektrik ke Terengganu

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Wednesday, 29 February 2012

Awal minggu ini, pihak Pergau Hatchery sempat buat penghantaran 2 panel solar sistem pagar elektrik ke Terengganu bagi pekebun di sana yang membeli secara online.

Kebanyakkan pekebun sekarang memilih untuk memasang panel solar bagi sistem pagar elektrik mereka disebabkan:

  1. jaminan kuasa bateri bagi sistem pagar elektrik - ini bagi elak musuh seperti babi masuk ketika bateri tiada cas
  2. kurangkan beban ulang alik mengangkat bateri dari kebun ke rumah/kedai untuk dicas


gambar: kes serangan gajah di kebun getah, kenapa perlunya pagar elektrik

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Wednesday, 22 February 2012

Serangan gajah hutan terhadap kebun getah atau kelapa sawit di kawasan hulu Kelantan bukanlah satu perkara yang asing. Sebagai pembekal sistem pagar elektrik pertanian, kami di Pergau Hatchery acap kali berdepan dengan kes ini baik secara langsung atau tidak langsung. Cuma sebelum ini pihak kami, kurang dedahkan perkara ini di web.

Serangan gajah, mendatangkan kes kemusnahan lebih besar berbanding dengan binatang lain seperti babi, badak atau monyet. Ini kerana serangannya dalam bentuk berkumpulan. Iaitu sekurangnya 3 ekor (sepasang + anak gajah) sehinggalah kumpulan lebih besar iaitu 20 ke 40 ekor.

Ini antara beberapa kes terbaru sempat kami rakamkan.....


Page 1 of 7

Laman

  • Banner

Twitter Pergau Hatchery

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Stok benih keli 2012

pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012

-stok benih 1.5 & 2  inci

pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012

pusingan#3 Mac - April 2012
dijangka keluar pada 4 April 2012

pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012

kemaskini 27/4/2012


We have 4 guests online