1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Bagaimana untuk bermula sebagai seorang pengusaha akuakultur

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Artikel Aqua


sebahagian kerja-kerja tuaian ikan keli, sanggupkah anda berlumpur sebegini

Tidak dinafikan ramai di luar sana berminat untuk menjadi seorang pengusaha dalam bidang ini. Baik sebagai penternak secara amnya, pengeluar makanan ternakan, pengusaha ikan hiasan, pengeluar benih ikan dan pembekal peralatan ternakan. Namun ramai tidak pasti bagaimanakah caranya untuk bermula dalam bidang aquakultur.

Apakah kriteria yang diperlu sebagai pengusaha dalam bidang ini. Kekurangan pengetahuan berkenaan prospek bidang ini membantut minat usahawan untuk mencuba. Di sini, kami di Pergau Hatchery akan menyenaraikan sepintas lalu berkenaan elemen yang perlu ada sekirannya anda ingin serius dalam bidang ini.

  1. Minat mendalam
    Sebenarnya rata-rata yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, disebabkan minat yang mendalam. Minat ini mereka zahirkan pada awalnya dalam bentuk hobi seperti menternak ikan hiasan sejak dari kecil atau memancing. Kebiasaannya golongan ini ada aktiviti ini pada awalnya sekadar mengisi masa lapang.

  2. Belajar perkara baru
    Disebab minat, mereka ini banyak mempelajari perkara baru baik kaedah ternakan, pengurusan dan hal teknikal. Ini sebenarnya sebagai satu bentuk persediaan untuk projek pada skala lebih besar.

  3. Fokus pada satu benda
    Golongan ini hanya menumpukan kepada satu perkara sahaja. Jika menternak ikan keli, diorang akan memahirkan diri dalam ternakan keli sahaja tanpa mencampur aduk dengan ikan lain.

  4. Sanggup laburkan modal
    ini antara petanda awal bahawa mereka sudah bersedia untuk bergiat secara serius. Modal ini boleh dibahagikan kepada wang dan masa.

Laman

  • Banner