1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

beli benih keli: apa yang anda patut tahu, tips Pergau Hatchery

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Artikel Aqua

beli benih keli, apa anda seorang penternak patut tahu

Ramai di kalangan penternak atau pengusaha yang baru menceburi bidang ternakan keli, tidak begitu mengambil berat aspek semasa pembelian anak keli. mereka hanya melihat kepada harga sahaja, harga murah janji jalan.

Pembelian anak keli seharusnya mengambil beberapa faktor, di sini pergau hatchery berkongsi serba sedikit tips dalam membeli anak keli:

  1. Pilih anak stok terbaru, atau stok semasa. sebolehnya cuba elak beli benih keli yang telah lama disimpan contohnya 3 - 5 bulan stok anak. kebiasaannya anak macam ni, pertumbuhannya akan terencat dan memerlukan masa untuk pulih.saudara mungkin boleh terus bertanya kepada penjual sendiri, mengenai stok anak atau melihat kerenah anak itu sendiri antaranya:
    kebiasaannya stok anak baru, anak begitu aktif selalunya berenang di dasar kolam berbanding stok lama anak hanya berdiri seperti no 1 atau puntung buluh yang terapung iaitu mulut ke atas tubuh ke bawah. Anak baru kebiasaanya berwarna agak kemerahan berbanding stok lama agak warna anak ketara pucat keputihan.
  2. Cari anak yang sihat, cuba elak anak berpenyakit. sekiranya anda membeli anak yang dijangkit penyakit, seumpama tuan puan membuang duit. anak berpenyakit senang dilihat seperti anak tidak aktif, lemah, tanda-tanda ganjil pada badan seperti luka, bengkak insang atau keng pada kiri kanan atau warna kulit yang berbeza contoh keputihan.

    Ada juga terdapat masa hampir kebanyakan sumber anak keli dijangkit penyakit, terutamanya ketika perubahan cuaca. Oleh itu penternak perlu bertanya kepada pembekal/pengusaha benih keli tentang cara mengatasinya.
  3. Elak dapatkan anak keli yang keletihan, apa itu anak keli letih? kebiasaannya anak yang mengalami perjalanan yang jauh, contohnya benih keli import dari siam yang memerlukan masa yang panjang sebelum sampai di Malaysia. Anak yang letih, memberi kesan buruk kepada anak itu sendiri seperti mudah dijangkiti penyakit dan kalau silap urus, anak akan mati.

    Oleh itu, kebanyakan hatchery berpengalaman mempunyai sistem tersendiri untuk mengurus benih keli bagi mengelak anak keletihan dibekalkan kepada pengusaha.Contohnya kami di Pergau Hatchery mempunyai jadual pengeluaran dan tuaian anak yang perlu dipatuhi oleh pembeli, ini bagi mengelak kejadian sebegini.
  4. Dapatkan anak pada harga pasaran, kebiasaannya harga anak keli ada turun naiknya. Bergantung kepada permintaan pasaran dan cuaca. Salah satu faktor lain kualiti anak keli, yang mungkin penternak tidak sedari selama ini ialah melihat kepada harga, sekiranya tawaran harganya 'agak luarbiasa' dari pasaran seperti terlampau murah, kemungkinan besar anak keli sebegini mempunyai masalah.

    Harga terlampau murah mungkin menjadi daya penarik kepada penternak untuk membelinya, tetapi rata pembeli memberi respon balik negatif terhadap kualiti anak sebegini khususnya kadar kematian yang tinggi bermula dari benih dimasuk ke dalam kolam sehingga dituai. Antara simptomnya: kematiannya secara berkelompok dalam masa tertentu: contohnya dalam seminggu ada 100 - 200 anak keli mati mengejut dan lebih menyedihkan trend ini berulang sehingga ternakan dituai.

    Bayangkan kerugian penternak terpaksa tanggung? Mungkin setengah-tengah kes boleh dirawat tetapi sepatutnya pengusaha boleh mengelak kejadian sebegini awal-awal lagi, tanpa perlu menanggung kos tambahan dan membuang masa.

    Kejadian sebegini adalah luahan pengusaha sendiri kepada pihak kami, bukan seorang dua pernah terkena, kebanyakannya melibatkan benih keli import dari Thailand. Bukan berniat memburukkan mana-mana pihak tapi untuk kebaikan bersama perkara sebegini patut dikongsi, mungkin di masa hadapan ada penyelesaiannya. 

Sebenarnya terdapat bermacam cara untuk kenalpasti kualiti anak keli. Di sini, Pergau Valley Hatchery hanya menekankan tips-tips penting yang patut diambil tahu, sebenarnya tips ini tidak hanya terhad kepada benih keli sahaja, ianya berguna juga untuk anak ikan lain tetapi mungkin setengah-tengahnya memerlukan cara lebih khusus.

Pihak kami berkongsi perkara sebegini, kerana PVH menganggap ini antara sebahagian tanggungjawab sosial kami terhadap masyarakat khusus komuniti pengusaha ternakan air di negara ini.

sekian.

Laman

  • Banner