1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

PDFPrintE-mail

IceTheme - Icetabs


gambar: Haji Harun, Kampung Kelantan Lenggong menerima sistem pagar elektrik bagi gajah

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Sekitar hujung Februari lalu, Pergau Hatchery sempat membuat satu penghantaran terus ke rumah seorang pelanggan kami di Perak, iaitu saudara Haji Harun di Kg Kelantan Kuak. Beliau telah membeli satu sistem pagar elektrik untuk gajah bagi memagari kebun getahnya di pinggir Tasik Raban. Di mana sebelum ini kebun getahnya kerap dicerobohi oleh gajah liar dari hutan berhampiran.

Walaupun pihak Perhilitan kat sana, sudah memagari kawasan hutan berhampiran dengan pagar elektrik, namun kerja-kerja pembalakan di sini menganggu sistem pagar elektrik yang sedia ada akibatnya kumpulan gajah mencerobohi kebun getah penduduk di sepanjang tasik ini. Ini menyebabkan para pekebun terpaksa mencari alternatif sendiri untuk memagar kebun getah yang baru ditanam dari diserang oleh gajah ini.

Contoh kes, Haji Harun sendiri kini sudah memasuki pusingan ke-2 untuk kerja menyulam anak getahnya. Di mana sebelum ini, peringkat pertama anak getah sebesar lengan habis di serang oleh gajah ini. Kami kagum dengan semangat gigih yang ditunjukkan oleh beliau dalam usahakan tanah kebunnya. Semangat sebegini seharusnya dicontohi oleh golongan muda kini.

Laman

  • Banner