Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

Teknologi pembuatan kolam ...

Written by PVH 02 August 2010

Artikel siri 1 : Teknologi pembuatan kolam konkrit bagi ternakan keli - mana lebih kukuh

pembinaan_kolah_1Keli juga diternak dalam kolam konkrit. Terdapat pelbagai saiz kolam konkrit ini dibina antara yang popular 10kaki x 20 kaki , 20 kaki x 40 kaki sehingga bersaiz lebih besar. Dengan ketinggian 2.5 kaki sehingga 4 kaki.

Kolam ini ialah pilihan bagi mereka yang tiada tanah sesuai untuk menternak keli. Dari segi pengurusan kolam konkrit memberi kelebihan kepada penternak seperti greding dan penuaian ternakan. Namun dari segi kos ini mungkin sedikit membebankan pengusaha pada peringkat awal.

claim subsidi anak ikan keli ...

Written by PVH 20 May 2010

Ramai sudah mengetahui, pengusaha keli sekarang mendapat susbsidi dari kerajaan kerana kenaikan kos seperti makanan. Subsidi ini diagihkan melalui jabatan Perikanan negeri.

Contohnya dengan membeli anak ikan keli 1000 ekor, bawa bil/resit pembelian anak tersebut, dapatlah claim subsidi berdasarkan jangkaan berat ikan iaitu 5-6 ekor/kg yang akan dituai pada kadar hidup 80%. Tidak silap di Kelantan untuk sekilo ikan keli, subsidi dari kerajaan 57 sen.

 

Stok benih keli bagi bulan ...

Written by PVH 29 April 2010

Bulan puasa tinggal sekitar 3 bulan lagi. Berita baik untuk penternak di luar sana, pihak kami menyediakan stok anak keli 2 - 3 inci, sekitar 100k untuk ternakan bulan puasa akan datang. Bagi berminat sila hubungi nombor tertera di web ini untuk pembelian atau tempahan.

Keli dan bulan puasa

Menjelang Ramadhan, ikan keli menjadi tumpuan bagi pengusaha ternakan air tawar, kerana permintaan ikan keli pada bulan ini meningkat.

beli benih keli: apa yang ...

Written by PVH 01 April 2010

beli benih keli, apa anda seorang penternak patut tahu

ramai di kalangan penternak atau pengusaha yang baru menceburi bidang ternakan keli, tidak begitu mengambil berat aspek semasa pembelian anak keli. mereka hanya melihat kepada harga sahaja, harga murah janji jalan. pembelian anak keli seharusnya mengambil beberapa faktor, di sini pergau hatchery berkongsi serba sedikit tips dalam membeli anak keli:

  1.  Pilih anak stok terbaru, atau stok semasa.
  2. Cari anak yang sihat, cuba elak anak berpenyakit.
  3. Elak dapatkan anak keli yang keletihan.
  4. Dapatkan anak pada harga pasaran.
 

 

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Pengeluaran pusingan ke - 6

untuk bulan Ogos 2010

Benih keli dijangka keluar pada akhir minggu ke-2 Ogos

stok 200k anak 2.5 inci

hubungi pvh untuk tempahan dan pembelian.

kemaskini 2 Ogos 2010

We have 2 guests online

Selamat Datang

ke laman pergauhatchery.com, sebuah pusat pembenihan ikan air tawar di Malaysia

Mengenai kami

Selamat datang ke pergauhatchery.com, laman ini dibangunkan bersama mohdazrul.com

Paparan laman

Dapatkan paparan terbaik laman ini di Firefox