Berhajat nak pasang pagar elektrik bagi kebun anda di kampung

Written by PVH Sunday, 08 April 2012

Print

Artikel Terkini - pagar elektrik


gambar: penghantaran satu set pagar elektrik pertanian yang lengkap ke Jelawang, luas kebun 8 ekar

Kebun kat Kelantan tapi tuan punya kebun berkerja di K.L, Selangor atau Pahang. Namun berhajat untuk pasang pagar elektrik bagi kebun masing-masing. Pihak kami ada penyelesaiannya.

Rata-rata, golongan yang berkerja di pejabat seperti cikgu, kerani, banker. Sejak 3-4 tahun kebelakangan ini golongan ini sudah beralih balik ke pelaburan gaya 'orang kampung' iaitu membeli kebun getah atau kelapa sawit. Faktor utama ialah harga komuniti yang tinggi dan stabil.

Mereka ini biasanya mampu dari segi kewangan namun ada kekangan dari segi masa. Salah satu komponen penting dalam pelaburan kebun getah atau kelapa sawit anda ialah sistem pagar elektrik bagi melindungi aset tanaman di peringkat awal dari musuh. Kami di Pergau Hatchery ada penyelesaian kepada masalah ini.

Sebelum ini pihak kami, sudah terbiasa membuat penghantaran barang atau memasang pagar elektrik bagi kes macam ni. Di mana tuan kebun, berkerja di luar Kelantan namun berhajat untuk memasang sistem pagar elektrik di kebun masing-masing. Majoriti kebun getah.

Terkini, awal April baru-baru ini. Pihak kami ada membuat penghantaran satu set pagar elektrik pertanian ke Jelawang, Kelantan. Pembelinya Kak Dah dari Kuantan, membeli secara online dengan kami bagi kebun getahnya di Kampung Jelawang yang terletak di daerah Dabong, iaitu hulu Kelantan. 

Set lengkap pagar elektrik ini merangkumi:

  1. energizer
  2. tali pagar 
  3. tiang pagar 3 lines
  4. tiang banggol
  5. tiang penungkat
  6. tiang penjuru
  7. tiang bumi
  8. wayar servis
  9. panel solar
  10. meter pagar