Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Written by PVH Thursday, 25 February 2010 11:19

 Ada sebilang pengusaha baru yang datang mendapatkan benih keli dari PVH, ramai bertanyakan bagaimana nak buat kolam yang betul. Ada yang bertanya, setelah kolam dah siap digali.

Ada yang membina kolam terlampau luas hingga berhektar tanah. Ada yang bina terlampau sempit hingga jatuh rugi kalau dikira sewa excavator.


kolam udang memerlukan saiz yang luas

Kes sebegini banyak terjadi. Salah bina kolam.


Di sini, Pergau Valley Hatchery ingin menasihatkan pengusaha terutamanya yang baru menceburi bidang ini, sila ambil berat sedikit berkenaan saiz kolam yang ingin dibina.

Tolong bina dalam saiz yang sesuai. Ikut keperluan, adakah kolam anda itu untuk:

  • kolam ternakan
  • kolam pancing
  • kolam hatchery
  • kolam rekreasi

Bagi pengusaha baru, seeloknya anda bermula dengan saiz kolam yang sederhana iaitu sekitar 30 kaki x 70 kaki. Pada saiz ini untuk ternakan keli anda boleh memasuk ternakan sekitar 20 – 35k benih keli.

Kolam yang terlampau luas, merugikan golongan pengusaha baru dalam beberapa aspek contohnya:.

  • Kolam tidak digunakan sepenuhnya, contohnya sekiranya untuk kolam seluas satu ekar, kebanyakan penternak tidak mengisi kolam sepenuhnya. Kebiasaan pengusaha baru letak benih sekitar 20 ribu ke bawah.
  • Hadkan penggunaan kolam. Kebiasaanya perangai pengusaha baru, mereka akan cuba mencampur aduk ternakan seperti keli, tilapia dan patin sekali. Semua satu kolam. Pada saiz sederhana, beberapa kolam dapat dibina di kawasan itu. Maka ikan ini boleh ditempat dalam kolam berlainan.
  • Pengurusan kolam. Kolam yang besar memerlukan pengurusan yang baik sama ada di peringkat perjagaan benih, pertengahan ternakan dan tuaian. Ini dibantu dengan rekabentuk kolam yang baik. Secara lazimnya tidak mendatang masalah bagi yang berpengalaman.

Saya tidak kata salah membina kolam luas, contohnya untuk ternakan udang, kebanyakan kolam bersaiz mega. Cuma di sini dari segi penternak baru kurang sesuai. Ini berdasarkan pemerhatian Pergau Hatchery selama ini.

Mungkin ramai mendapat gambaran kolam dari media massa atau sumber luar sahaja tanpa merujuk pihak yang arif dan berpengalaman. Ringan-ringankan mulut, bertanya kepada pihak berkenaan.

In Section: Artikel aqua - This article belongs to category: Kolam

Kalendar PVH

Pengeluaran pusingan ke - 6

untuk bulan Ogos 2010

Benih keli dijangka keluar pada akhir minggu ke-2 Ogos

stok 200k anak 2.5 inci

hubungi pvh untuk tempahan dan pembelian.

kemaskini 2 Ogos 2010

Selamat Datang

ke laman pergauhatchery.com, sebuah pusat pembenihan ikan air tawar di Malaysia

Mengenai kami

Selamat datang ke pergauhatchery.com, laman ini dibangunkan bersama mohdazrul.com

Paparan laman

Dapatkan paparan terbaik laman ini di Firefox