Tips membina kolam konkrit ‘karlebok’
Written by PVH Monday, 26 October 2009
Sekian lama berkecimpung dalam bidang ini, kami di PVH melihat dan merasai sendiri pelbagai teknik dan kaedah ternakan yang dijalankan di negara ini atau baik negara jiran.
Dari setahun ke setahun trendnya sentiasa berubah mengikut kesesuaian masa. Jika dulu kita dihidangkan dengan ternakan kolam tanah yang luas bahkan mencapai keluasan satu ekar bagi satu kolam, selepas itu timbul pula ternakan dalam kolam konkrit. Matlamat hanya satu, iaitu menghasilkan produk yang dapat memenuhi pasaran.
Kolah ‘karlebok’
Ini salah satu tips PVH ingin kongsikan bagi mereka diluar sana ingin membina kolam ternakan khususnya kolam konkrit. Mudah dan kos mampu ditanggung bagi mereka yang baru menceburi bidang ternakan ini. Mungkin ada segelintir di luar sana sudah mengetahui kaedah ini, namun ada juga yang tidak tahu dan terfikir akan kaedah pembinaan sebegini. Bagi yang ingin tahu, sila baca tips PVH selanjutnya.
Kaedahnya, pembinaan kolam konkrit atau kolah dari karlebok (dialek Kelantan) atau longkang besar berbentuk cecincin bulat. Karlebok ini terdapat dalam beberapa saiz, biasanya kita memilih saiz standard iaitu berdiameter 3 kaki dengan tinggi 3 kaki. Karlebok ini, anda boleh beli di kedai hardware atau tempat menjual bata atau blok jongkong pembinaan rumah. Dengan kos sekitar 25-30 ringgit, berbeza-beza mengikut tempat. Selain untuk longkang atau pembinaan jambatan, karlebok secara rasmi digunakan sebagai dinding telaga.
Bagaimana nak bina ?
Karbelok in berfungsi sebagai dinding kolam, untuk dasar atau lantai anda perlu menyimen bahagian bawah. Konkrit berketebalan sekitar 3-5 inci di atur di atas tanah, selepas itu karbelok tadi diletakkan atas lantai konkrit tersebut. Kaki karbelok disimen sekeliling, supaya air tidak mengalir keluar. Tapi sebelum itu, paip untuk keluar air perlu dibuat. Anda boleh meletakkan paip bersaiz 2 inci di tengah-tengah karlebok. Panjang paip ini mengikut keperluan iaitu menghala ke longkang tempat buang air.
Dasar kolah
Anda perlu membina dasar kolam bersudut condong, atau berbentuk melengkung ke bawah iaitu dengan dasar akhirnya di muka paip buang air. Ini bagi memastikan air kering sepenuhnya bila dikeringkan.
Apa yang boleh diternak dalam karlebok ini.
Selain keli, yang biasa diternak menggunapakai sistem ini ialah ternakan belut seperti diamalkan oleh seorang penternak di selatan Thai. Kolah karbelok ini terbukti lebih kukuh namun dari segi saiz kolam agak terhad. Perkara ini boleh diatasi dengan membina kolam ini dalam unit yang banyak atau memilih saiz kalerbok bersaiz lebih besar. Kolam ini lebih sesuai untuk penternak berskala kecil atau mereka yang baru menceburi diri.
Diharap tips dari PVH ini berguna bagi mereka di luar sana.
Laman
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Energizer pagar elektrik
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Kepentingan Aquakultur
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise