Skip to Menu Skip to Content Skip to Footer

Sekilas

  • 2010 - selamat tahun baru 2010 dan maju jaya dari PVH
  • PVH - mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada muslimin
  • ANAK KELI - dapatkan anak keli bermula dari 5sen keluaran PVH
  • 2009 Aquakultur - Semoga kedatangan 2009 membawa kebaikan bersama kepada komuniti Aquakultur Malaysia!

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Latarbelakang

Pergau Valley Hatchery merupakan sebuah pusat pembenihan persendirian yang beroperasi sejak awal 1990-an, aktif dalam aktiviti aquakultur khususnya pembenihan ikan air tawar.

Bermula sebagai pengusaha ternakan ikan keli secara dasarnya dan disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan anak benih yang berkualiti pada waktu tersebut. Maka lahirlah pusat pembenihan atas inisiatif sendiri dalam memenuhi keperluan anak benih untuk ternakan sendiri.

Selepas hampir dua dekad terbabit dalam bidang ternakan air, Pergau Valley Hatchery mengorak langkah ke arah sebuah hatcheri komersil dengan pengubahsuaian dan naik taraf sepenuhnya kemudahan kepada sebuah pusat pembenihan ikan air tawar.

 

 

 

 

 

 


Selain keli, Pergau Valley Hatchery juga menjalankan aktiviti pembenihan beberapa spesies lain seperti tilapia, baung dan puyu. Namun pada awal 2000, Pergau Valley Hatchery hanya mengkhusus dalam aktiviti pembenihan ikan keli secara komersial bagi memenuhi permintaan pengusaha setempat yang meningkat.

Lokasi

Pusat pembenihan ini beroperasi di Jeli, Kelantan yang direntasi oleh lebuh raya Timur – Barat yang menghubung Perak dan Kelantan.

Mungkin ramai tertanya-tanya dengan kemunculan Pergau Valley Hatchery (PVH) atau dikenali juga sebagai Pergau Hatchery. Hatcheri ini mengambil nama sebatang sungai di Kelantan iaitu sungai Pergau yang terletak di kaki banjaran Titiwangsa yang terkenal dengan sumber air bersih dan pelbagai spesies ikan air tawarnya.

Pergauhatchery.com

Pada awal 2006, pergauhatchery.com diasaskan.

Selain sebagai medium perniagaan, pergauhatchery.com ditubuhkan bagi memberi gambaran sebenar mengenai aktiviti aquakultur khususnya ternakan ikan keli di negara ini. Diharapkan agar pergauhatchery.com dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam lapangan aquakultur di negara ini.

 

 

Kalendar PVH

Pengeluaran pusingan ke - 3

untuk bulan feb/mac

anak 2 - 3 inci, stok terbaru keluaran awal Mac. dapatkan sekarang.

Selamat Datang

ke laman pergauhatchery.com, sebuah pusat pembenihan ikan air tawar di Malaysia

Mengenai kami

Selamat datang ke pergauhatchery.com, laman ini dibangunkan bersama mohdazrul.com

Paparan laman

Dapatkan paparan terbaik laman ini di Firefox