1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

gambar: kes serangan gajah di kebun getah, kenapa perlunya pagar elektrik

Artikel Terkini - pagar elektrik

Serangan gajah hutan terhadap kebun getah atau kelapa sawit di kawasan hulu Kelantan bukanlah satu perkara yang asing. Sebagai pembekal sistem pagar elektrik pertanian, kami di Pergau Hatchery acap kali berdepan dengan kes ini baik secara langsung atau tidak langsung. Cuma sebelum ini pihak kami, kurang dedahkan perkara ini di web.

-sebahagian anak getah berusia 7 tahun lebih dipatahkan oleh gajah

Serangan gajah, mendatangkan kes kemusnahan lebih besar berbanding dengan binatang lain seperti babi, badak atau monyet. Ini kerana serangannya dalam bentuk berkumpulan. Iaitu sekurangnya 3 ekor (sepasang + anak gajah) sehinggalah kumpulan lebih besar iaitu 20 ke 40 ekor.

Ini antara beberapa kes terbaru sempat kami rakamkan.

Awal minggu ni, Pergau Hatchery meninjau kebun getah seorang pelanggan kami di Kg Legeh, Jeli. Ini membabitkan tinjauan asas iaitu memeriksa bentuk kawasan kebun bagi kerja-kerja pemasangan pagar elektrik di sini. Kebun getah muda yang berusia sekitar 7 tahun ini, sudah ada yang boleh ditoreh buka tetapi tuan kebun masih sedia buka.


-kesannya bila anak getah dipatahkan oleh gajah di mana pokoknya terus mati

Cuma saya terkejut, kebun yang terletak di tepi jalan raya besar tidak terkecuali diserang oleh gajah hutan. Kejadian ini berlaku pada setempber 2011 lepas, hampir 100 pokok lebih anak getah sebesar paha dipatahkan dan ditumbangkan oleh gajah. Kebun getah seluas 7 ekar ini, menjadi sasaran apabila gajah dari bukit sebelah tergelincir di atas sebuah tebing di kebun. Ini menimbulkan rasa marahnya, lalu yang jadi mangsa anak getah di sini (rujuk gambar).

-sebahagian pokok yang ditumbang gajah diselamatkan dengan tongkat batang

Untuk info, ini hanyalah kesan serangan seekor gajah namun sudah cukup beri kesan besar kepada pekebun kecil di sekitar sini. Kebanyakkan kes serangan gajah, berlaku ketika musim hujan atau tengkujuh di sebelah pantai timur iaitu pada hujung tahun.

Bagi pokok yang ditumbang, masih boleh diselamatkan dengan potong bahagian atas dan tongkatkan batang anak getah ini. Manakala anak getah yang dipatahkannya, semua tidak tumbuh lagi - terus mati !


-tebing di mana gajah ini tergelincir dan dipercayai terus mengamuk

Selain mematah dan menumbangkan anak getah, gajah ini tidak terkecuali mengeledah pondok di kebun. Kebiasaan gajah, mengemari benda masin seperti garam atau budu. Syukur, rumah kebun ini tidak dirosakinya hanya sekadar dijenguk dengan belalainya.


-pondok kebun pakcik Musa ini turut digeledah oleh gajah

Laman

  • Banner

Twitter Pergau Hatchery

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Stok benih keli 2012

pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012

-stok benih 1.5 & 2  inci

pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012

pusingan#3 Mac - April 2012
dijangka keluar pada 4 April 2012

pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012

kemaskini 27/4/2012


We have 8 guests online