1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Pagar elektrik gajah kini di Perak: penghantaran pagar elektrik ke Lengong Perak

Artikel Terkini - pagar elektrik


gambar: Haji Harun, Kampung Kelantan Lenggong menerima sistem pagar elektrik bagi gajah

Dalam membekalkan satu sistem pagar elektrik pertanian yang berkesan buat pelanggan kami, pihak Pergau Hatchery sendiri perlu turun padang berikan khidmat nasihat secara langsung kepada pekebun dan peternak.

Perkara ini sudah menjadi rutin pihak kami ketika menjual pagar elektrik terutamanya pada sekitar penghujung 90an sehingga awal 2000 iaitu di Hulu Kelantan seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli sendiri. Baik untuk memagar kebun getah dari babi sehingga menternak lembu di sekitar rumah. Dan bagi kes yang besar seperti serang gajah, pihak Pergau Hatchery perlu masuk ke ladang kelapa sawit milik syarikat perladangan.

Sekitar hujung Februari lalu, Pergau Hatchery sempat membuat satu penghantaran terus ke rumah seorang pelanggan kami di Perak, iaitu saudara Haji Harun di Kg Kelantan Kuak. Beliau telah membeli satu sistem pagar elektrik untuk gajah bagi memagari kebun getahnya di pinggir Tasik Raban. Di mana sebelum ini kebun getahnya kerap dicerobohi oleh gajah liar dari hutan berhampiran.

Walaupun pihak Perhilitan kat sana, sudah memagari kawasan hutan berhampiran dengan pagar elektrik, namun kerja-kerja pembalakan di sini menganggu sistem pagar elektrik yang sedia ada akibatnya kumpulan gajah mencerobohi kebun getah penduduk di sepanjang tasik ini. Ini menyebabkan para pekebun terpaksa mencari alternatif sendiri untuk memagar kebun getah yang baru ditanam dari diserang oleh gajah ini.

Contoh kes, Haji Harun sendiri kini sudah memasuki pusingan ke-2 untuk kerja menyulam anak getahnya. Di mana sebelum ini, peringkat pertama anak getah sebesar lengan habis di serang oleh gajah ini. Kami kagum dengan semangat gigih yang ditunjukkan oleh beliau dalam usahakan tanah kebunnya. Semangat sebegini seharusnya dicontohi oleh golongan muda kini.

Laman

  • Banner

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Stok benih keli 2013

Operasi hatcheri kami bercuti buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak

#tiada stok sekarang

kemaskini 7/2/2013


Simple Tweet Module

We have 45 guests online
  • Banner