1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Pagar elektrik gajah untuk kebun getah

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - pagar elektrik


Selain babi hutan, kumpulan gajah merupakan ancaman terbesar bagi tanaman getah dan kelapa sawit. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekebun di sebelah hulu atau berhampiran dengan hutan besar iaitu bersempadan hutan simpan, banjaran Titiwangsa.

Pada penghujung Mei 2012 baru ni, pihak Pergau Hatchery ada bekal satu sistem pagar elektrik untuk serangan gajah. Ini untuk kebun getah berkeluasan 200 ekar di Jeli Kelantan. Kawasan ladang getah ini terletak berhampiran dengan hutan besar di kaki Banjaran Titiwangsa. Dianggarkan kumpulan gajah di sekitar hutan sini dalam 20 - 30 ekor. Ini merupakan bala besar bagi pekebun.








salah satu rumah ladang, bagi kerja-kerja penanaman getah

Kumpulan gajah ini, kerap kali merosakkan anak getah yang baru ditanam, sekitar usia 4 - 6 bulan. Untuk sistem pagar elektrik bagi gajah, pekebun perlu menggunakan energizer khas iaitu yang lebih berkuasa. Hanya energizer khas ini mampu menghalang gajah dari memasuki kawasan yang dipagar. Selain itu, dawai besi digunakan sebagai tali pagar biasanya pakai 3 lines wayar. 











energizer khas untuk pagar gajah









solar panel 40 watt bagi mencas bateri energizer








pemasangan prob bumi bagi sistem pagar elektrik

Laman

  • Banner