Tips ketika membeli bateri bagi pagar elektrik
Written by PVH Monday, 20 February 2012
Artikel Terkini - pagar elektrik
Sebahagian besar pengguna pagar elektrik gunakan bateri sebagai sumber kuasa. Ini disebabkan kebanyakkan lokasi kebun seperti getah, kelapa sawit atau pisang yang terletak jauh dari penempatan atau di pendalaman. Di Malaysia, pekebun biasanya mendapatkan bateri dari jenis sel basah, yang sama diguna pada kereta atau lori. Jadi, rata-rata membeli bateri ini di kedai separt kereta/lori.
Di sini pihak Pergau Hatchery, ingin berkongsi satu tips penting ketika membeli bateri di kedai alat ganti kenderaan atau kedai bateri - minta tuan-puan jangan bagi tahu kat kedai nak pakai untuk pagar elektrik.
Ini kerana, kebiasaannya pekedai tidak memberi tempoh waranti 6 bulan yang biasa diberi bagi bateri kereta/jentera berat, apabila pembeli bagi tahu nak pakai untuk pagar elektrik. Tuan puan boleh cakap, bateri itu dipakai untuk kereta, lori atau jentera berat seperti bulldozer/excavator bagi bateri model lebih besar contohnya N120 ke atas.

contoh bateri bagi pagar elektrik
Alasan tuan kedai, kerana bateri untuk pagar elektrik dicas menggunakan solar panel, di mana arus yang cas solar panel yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak berani beri waranti. Jelas situasi ini amat merugikan para pekebun kita.
Perkara ini, pihak kami kongsikan di sini kerana kami sendiri pernah terkena ketika membeli bateri, di mana pekedai tidak berikan waranti apabila diberi tahu nak pakai untuk pagar elektrik. Diharap tips ringkas ini dapat menolong para pekebun kita di luar sana.
Laman
Twitter Pergau Hatchery
- Loading...
Hakcipta Artikel
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Pergau Hatchery Enterprise