1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Tutorial pagar elektrik pertanian: contoh pasang insulator tiub pada tiang kayu

Artikel Terkini - pagar elektrik


Insulator atau penebat ialah peralatan paling penting dalam sistem pagar elektrik pertanian. Sini kami lampirkan contoh pemasangan pada tiang kayu.

Ramai tidak sedar akan kepentingan insulator. Ini dapat dilihat, lazimnya penebat sering diabai oleh pekebun kesannya ladang tetap dicerobi babi walaupun sudah siap pagar.

2 kesan utama tidak pakai penebat:


  1. babi/musuh senang ceroboh masuk walaupun dah pagar
  2. energizer cepat rosak sebab sentiasa berkerja (bocor)

Gambar contoh insulator tiub.

Penebat pagar elektrik dibuat dari bahan khas yang tidak mengalir arus walaupun ketika panas atau hujan. Satu lagi sifat uniknya tidak mengalir air.


Sistem 3 lines pakai tiang kayu bersaiz 3 inci x 3 inci dengan anggaran ketinggian sekitar 3 kaki lebih

Kayu ditebuk dan kemudiannya insulator dipotong ikut saiz tiang tetapi biar lebih sedikit untuk elak air hujan.

Ke-3 lines perlu dibuat perkara sama. Kami berharap paparan ringkas sebegini dapat memberi serba sedikit gambaran kepada pekebun di luar sana.

Laman

  • Banner

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Stok benih keli 2013

Operasi hatcheri kami bercuti buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak

#tiada stok sekarang

kemaskini 7/2/2013


Simple Tweet Module

We have 56 guests online
  • Banner