Sistem pagar elektrik bagi ternakan
Produk
Ternakan Lembu, Kerbau, Biri-Biri dan Kambing

Sistem pagar elektrik bagi ternakan, bertujuan untuk mengawal dan melindungi ternakan di dalam kawasan yang dipagar. Pagar elektrik popular diguna pakai dalam kaedah ternakan intergrasi iaitu penternakan haiwan ruminan seperti lembu, kerbau, biri-biri dan kambing di dalam ladang.
Paling popular, ternakan lembu secara intergrasi di dalam ladang kelapa sawit.
Teknologi pagar elektrik membolehkan haiwan ternakan ini diternak secara intergrasi di dalam dusun buah-buahan, ladang getah dan kelapa sawit. Melalui teknologi ini kita dapat membentuk lot kawasan ragut mengikut keperluan samaada di tanah terbiar mahu pun kawasan ladang.
Bagi haiwan ternakan sistem pagar dipasang secara ringkas iaitu 1 atau 2 line wayar pagar hanya diperlukan.
Penternak tidak perlu bimbang untuk meninggal haiwan ternakan di kawasan yang telah dipagar dalam tempoh masa yang panjang sekiranya terdapat urusan di luar. Teknologi ini terbukti mudah, ringkas serta mejimatkan.
Ternakan Ayam
Bagi penternak ayam daging, kebiasaannya musuh ternakan ini ialah biawak, ular, musang dan burung helang. Ada di setengah-tengah kawasan babi hutan turut sama menyerang ternakan ini.
Pagar elektrik melindungi ternakan ayam dengan memasang di sekeliling reban ayam. Kebiasaannya ayam diserang pada peringkat anak khususnya bagi serangan musang, biawak dan babi hutan.
Selain ayam daging, ternakan ayam kampung separa lepas turut berdepan dengan ancaman sama.
Kolam ikan dan udang
Bagi yang mengusahakan ternakan ikan kolam seperti keli, talapia, puyu, baung akan berhadapan dengan ancaman memerang dan biawak air yang memakan ternakan. Kebiasaannya kolam yang terletak berhampiran dengan sungai.
Memerang menyerang dalam bentuk kumpulan, sekitar 7-15 ekor. Binatang ini mula menyerang ikan yang bersaiz sederhana besar iaitu sekitar 2 bulan bagi ternakan keli.
Diikenali antara binatang cerdik bagi pengusaha ternakan kolam yang pernah berdepan dengan serangan mamalia ini. Beberapa bentuk perlindungan konvensional seperti pukat atau zink tidak begitu berkesan dalam menangani ancaman binatang ini. Contohnya bagi yang memagari kolam dengan pukat, binatang ini akan memanjat pagar pukat tersebut. Untuk zink sekiranya tidak cukup tinggi, binatang sekadar perlu melompat masuk ke dalam kolam. Ini berdasarkan pengalaman PVH sendiri.
Pagar elektrik memberi perlindungan terbaik bagi ancaman memerang untuk kolam ternakan. Pemasangan pagar elektrik bagi kolam ternakan perlu mengikut kreatiria tertentu untuk pagar berfungsi dengan sebaiknya. Kami di PVH mempunyai kelebihan dalam perkara ini.

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise