Sistem pagar elektrik antara komponen sistem sokongan penting dalam bidang pertanian dewasa ini.
Tanaman komoditi seperti getah, kelapa sawit, koko, pisang memerlukan perlindungan di peringkat awal tanaman khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman dari ancaman binatang. Kepentingan sistem perlindungan ini terbukti dengan penerimaan meluas di kalangan pekebun kecil di seluruh negara khususnya di Kelantan.

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Pergau Hatchery Enterprise