Sewa excavator gali kolam ikan
Written by PVH Saturday, 21 May 2011
Pihak Pergau Hatchery juga menyediakan khidmat sewa jentera excavator untuk pembinaan kolam ikan atau udang.
Kenapa anda perlu memilih dengan Pergau Hatchery :
Bukan sekadar khidmat sewa jentera biasa, dibantu dengan pengalaman kami selama 19 tahun berkecimpungan dalam bidang ternakan air ini memberi kelebihan kepada pihak PVH dalam memberi khidmat nasihat pembinaan sebuah kolam ternakan yang ekonomi dan sesuai kepada bakal pengusaha.
Kadar sewa berdasarkan hari.

Selain itu kami turut sama sedia khidmat sewa jentera ini bagi kerja-kerja tanah yang lain seperti meneres bagi kebun getah & kelapa sawit, mengali parit dan menambun tanah.

Sejak Pergau Hatchery, hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah. Kami mendapati untuk tahun 2011, permintaan bagi spesies bersisik merah sangat tinggi baik benih atau ikan segar. Trend ini semakin meningkat dari sebulan ke sebulan baik dari peseorangan atau komersil.
Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.




Pergau Hatchery Enterprise