1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Pemasangan lampu solar pertanian bagi sangkar ikan talapia

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - solar pertanian


Awal April lalu, kami sempat menghantar dan memasang sistem lampu solar bagi pengusaha ternakan ikan sangkar di Tasik Raban Perak. Lampu solar khas ini bagi mengantikan penggunaan inventer yang mana terbukti kurang efesien. Oleh kerana teknologi solar tidak meluas lagi digunakan dalam sektor pertanian di negara kita, agak sukar untuk tentukan keperluan terknologi yang terbaik pada kos yang ekonomi.

Lampu berkuasa solar digunakan untuk menerangi, rumah pekerja dan dapur serta stor makanan ikan. Sistemnya agak ringkas iaitu lampu terus disambungkan kepada sumber kuasa iaitu bateri di mana satu pengawal arus (controller) digunakan untuk kawal arus dari panel solar ke bateri dan sebaliknya. Dan tambahan untuk lebih senang satu suiz ringkas dipasang.

 

Haji Non mencuba lampu limpah berkuasa solar, katanya senang untuk angkat ikan sebelah malam nanti

  

Rumah pekerja turut dipasang lampu solar

 

Kedudukan panel solar agak cool iaitu atas bumbung bangsal paling hujung yang ada besi berwarna merah.

Untuk sistem ini, kami gunakan panel 50 watt dan bateri N150 saja. Sistem lampu solar dicadangkan selepas pengusaha sangkar ini mengeluh dengan kos minyak generator yang tinggi setiap bulan. Di harap teknologi ini sedikit sebanyak membantu para pengusaha di sektor pertanian di negara kita.


Lampu solar led terbukti menjimat kuasa bateri, anda boleh cuba di kebun anda sendiri.


Laman

  • Banner