1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Sistem solar pagar elektrik bagi gajah di Malaysia

Artikel Terkini - solar pertanian


Gambar 1:- Ini panel tambahan kedua, panel solar lebih berkuasa menjamin sumber kuasa yang berterusan. 

Sini kami lampirkan contoh sistem solar pagar elektrik untuk gajah khususnya bagi ladang kelapa sawit. Kebanyakkan ladang yang luas, serangan gajah antara masalah lazim yang dihadapi. Sistem pagar elektrik terbukti berkesan menghalang pencerobohan kumpulan mammoth ini. Serang gajah memberi impak besar kepada sesuatu ladang terutama pada peringkat anak sawit seusia 1-3 tahun. Bagi syarikat perladangan mahupun orang perseorangan yang berpengalaman, impak ini cuba diminimunkan sebaik mungkin dengan persediaan awal pemasangan sistem pagar elektrik dan pembinaan parit penghalang gajah sebelum kerja penamanan dijalankan.

Gambar 2:- bateri ke-2 digunakan sebagai tambahan simpanan kuasa untuk energizer.

Masalah besar bila mana, pengusaha yang tiada pengalaman dengan perkara ini. Keluhan dan kisah sedih setiap kali mangsa menelefon pihak kami untuk mencari penyelesaian. Hingga ada yang kebun luas berpuluh ekar, anak sawit musnah begitu saja dalam jangka masa singkat. Biasanya kumpulan gajah ini cabut bahagian pucuk untuk memakan umbut sawit akibat pokok terus mati atau terbantut tumbuh besar. Bila keadaan sebegini terjadi, pengusaha kerugian amat besar terutama dari segi modal serta tempoh masa pembesaran pokok. Kami saran kepada pengusaha di luar sana, yang mana berhajat untuk membangunkan ladang kelapa sawit atau getah baik kecil atau besar mempertimbangan sejenak sistem pagar elektrik sebagai insuran di kemudian hari.

Gambar 3:- sistem pagar elektrik gajah dan parit perhalang gajah adalah kombinasi terbaik bagi ladang kelapa sawit di Malaysia.

Berbeza dengan sistem pagar elektrik biasa untuk babi dan monyet, untuk gajah perlukan sistem solar lebih kuasa. Ini bagi menampung keperluan energizer yang lebih berkuasa selain itu ditambah dengan faktor kawasan ladang yang luas dipagar. Peralatan yang lebih berkuasa penting bagi menjamin sistem pagar elektrik cukup-cukup berkesan untuk gajah. Secara konsepnya sistem pagar elektrik pertanian adalah 'sistem integrated', jadi peralatan perlu seimbang antara satu sama lain. Ini jawapan kenapa kos sistem pagar elektrik bagi gajah lebih tinggi berbanding pagar elektrik biasa.

Laman

  • Banner

Hakcipta Artikel

Segala artikel dan gambar yang diambil dari laman ini perlu dikreditkan atas nama pergauhatchery.com bagi mengelak kekeliruan di masa hadapan

Kalendar PVH

Stok benih keli 2013

Operasi hatcheri kami bercuti buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak

#tiada stok sekarang

kemaskini 7/2/2013


Simple Tweet Module

We have 68 guests online
  • Banner