1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

www.pergauhatchery.com

Pergau Hatchery henti keluar benih talapia merah

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Wednesday, 09 March 2011

Untuk pengetahuan pelanggan kami yang dihormati, Pergau Hatchery sudah hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah sejak puasa 2010 lagi.

Ini disebabkan, pihak kami ingin mengunapakai sepenuhnya kolam yang ada bagi tujuan pembenihan keli. Perkara ini telah kami nyatakan dalam artikel ini, sebelum ini. Harap maklum.


Penghantaran 2 panel solar pagar elektrik ke Terengganu

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Wednesday, 29 February 2012

Awal minggu ini, pihak Pergau Hatchery sempat buat penghantaran 2 panel solar sistem pagar elektrik ke Terengganu bagi pekebun di sana yang membeli secara online.

Kebanyakkan pekebun sekarang memilih untuk memasang panel solar bagi sistem pagar elektrik mereka disebabkan:

  1. jaminan kuasa bateri bagi sistem pagar elektrik - ini bagi elak musuh seperti babi masuk ketika bateri tiada cas
  2. kurangkan beban ulang alik mengangkat bateri dari kebun ke rumah/kedai untuk dicas


gambar: kes serangan gajah di kebun getah, kenapa perlunya pagar elektrik

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - pagar elektrik

Written by PVH Wednesday, 22 February 2012

Serangan gajah hutan terhadap kebun getah atau kelapa sawit di kawasan hulu Kelantan bukanlah satu perkara yang asing. Sebagai pembekal sistem pagar elektrik pertanian, kami di Pergau Hatchery acap kali berdepan dengan kes ini baik secara langsung atau tidak langsung. Cuma sebelum ini pihak kami, kurang dedahkan perkara ini di web.

Serangan gajah, mendatangkan kes kemusnahan lebih besar berbanding dengan binatang lain seperti babi, badak atau monyet. Ini kerana serangannya dalam bentuk berkumpulan. Iaitu sekurangnya 3 ekor (sepasang + anak gajah) sehinggalah kumpulan lebih besar iaitu 20 ke 40 ekor.

Ini antara beberapa kes terbaru sempat kami rakamkan.....


claim subsidi anak ikan keli tidak seragam: rungutan penternak

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Thursday, 20 May 2010

Ramai sudah mengetahui, pengusaha keli sekarang mendapat susbsidi dari kerajaan kerana kenaikan kos seperti makanan. Subsidi ini diagihkan melalui jabatan Perikanan negeri.

Contohnya dengan membeli anak ikan keli 1000 ekor, bawa bil/resit pembelian anak tersebut, dapatlah claim subsidi berdasarkan jangkaan berat ikan iaitu 5-6 ekor/kg yang akan dituai pada kadar hidup 80%. Tidak silap di Kelantan untuk sekilo ikan keli, subsidi dari kerajaan 57 sen.

Punca penyakit ikan keli: antara petunjuk awal yang perlu diambil kira

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Monday, 25 October 2010

Bagi penternak, penyakit ikan merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi. Ini satu realiti dalam industri ini. Namun sejauhnya persediaan pengusaha aquakultur terhadap masalah ini.  Ini penting dalam merancang ternakan terutamanya segi pengurusan: tempoh kemasukan benih , langkah pencegahan, tindakan alternatif yang perlu diambil serta kawalan ke atas ternakan yang ada.


Page 8 of 12

Laman

  • Banner