1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Antara pembeli pagar elektrik pertanian di Pergau Hatchery

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini


Dalam masa setahun dua ini, aktiviti kami di Pergau Hatchery lebih tertumpu kepada offline. Ini antara sebahagian pembeli yang datang sendiri ke premis kami bagi mendapat sistem pagar elektrik pertanian. Tujuan utama, mereka satu saja - mendapat sepenuhnya nilai pembelian atau dalam bahasa mudahnya pakai dengan cara yang betul.

Pelbagai macam ragam dan gaya pembeli ada yang supporting dan malu malu. Sini kami lampirkan serba sedikit pelanggan yang sempat kami rakam :

Cikgu Rokeman dari Kuala Lipis, perlukan sistem pagar elektrik bagi kebun nangka madu. Di mana musuh utamanya beruk. Serangan kumpulan beruk di sekitar Kuala Lipis dan Merapuh Pahang agak kronik sehingga hasil kebun seperti rambutan, durian atau nangka tidak dapat diambil langsung. Kami berharap dengan sistem pagar elektrik dapat setel masalah pekebun di sini.


Abang Yie Kampong Sireh Kota Bharu - Tanaman pisang tisu kultur bagi projek Azam Tani 1Malaysia, 4 set pagar lengkap dengan panel solar 30 watt


Cikgu Sumathi & keluarga dari Ipoh Perak- ternakan lembu susu seluas 5 ekar. Kami di Pergau Hatchery berharap beliau dapat memperkenalkan teknologi pagar elektrik lebih meluas dalam komuniti india yang sinonim dengan ternakan lembu susu.



Laman

  • Banner