Operasi hatch telur keli 2012 kali ke-2 berjaya
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Tuesday, 14 February 2012
Ini antara rutin bulanan kami di Pergau Hatchery, iaitu pemilihan induk terbaik bagi proses penentasan telur keli. Ini adalah sebahagian kecil daripada operasi keseluruhan hatcheri dalam mengeluarkan benih keli berkualiti kepada penternak.
Bagi 2012, yang ini kali ke-2. Di mana keseluruhan induk keli dipilih, pada kali ini bersaiz mega iaitu 4 - 6 kg. (Rujuk gambar). Kami berharap, agar kali ini jumlah pengeluaran benih keli dapat ditingkatkan, ini turut sama disokong oleh musim kemarau yang baru bermula di belah pantai timur Malaysia.
Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Saturday, 11 February 2012
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Akibat permintaan yang tinggi, terhadap benih talapia dari pasaran runcit.
Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Kegunaan solar panel bagi pagar elektrik pertanian
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Tuesday, 22 March 2011
Ramai pekebun keliru, berkenaan fungsi panel solar bagi pagar elektrik. Anggapan mereka, solar panel ialah sebagai sumber kuasa kepada energizer pagar. Jadi jika guna panel solar tak perlu pakai bateri. Soalan ini selalu ditanya oleh pelanggan kami ketika membeli unit panel solar.
Anggapan ini adalah salah.
Kes kecurian ibu elektrik tinggi, sila ambil langkah keselamatan
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Monday, 14 March 2011
Sejak kebelakangan ini, kes kecurian energizer pagar elektrik atau ibu pagar sangat tinggi. Pihak kami menerima pelbagai aduan atau rungutan rata-rata dari kalangan pekebun kecil getah khususnya.
Bagi kebun sekitar keluasan 3-6 ekar antara yang biasa kena kebas iaitu energizer model P10 dan P20. Turut sama jadi mangsa ialah bateri pagar dan solar panel. Ini membebankan pekebun kecil, untuk membeli unit baru ibu pagar.
Pergau Hatchery henti keluar benih talapia merah
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Wednesday, 09 March 2011
Untuk pengetahuan pelanggan kami yang dihormati, Pergau Hatchery sudah hentikan operasi pengeluaran benih talapia merah sejak puasa 2010 lagi.
Ini disebabkan, pihak kami ingin mengunapakai sepenuhnya kolam yang ada bagi tujuan pembenihan keli. Perkara ini telah kami nyatakan dalam artikel ini, sebelum ini. Harap maklum.
Punca penyakit ikan keli: antara petunjuk awal yang perlu diambil kira
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Monday, 25 October 2010
Bagi penternak, penyakit ikan merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi. Ini satu realiti dalam industri ini. Namun sejauhnya persediaan pengusaha aquakultur terhadap masalah ini. Ini penting dalam merancang ternakan terutamanya segi pengurusan: tempoh kemasukan benih , langkah pencegahan, tindakan alternatif yang perlu diambil serta kawalan ke atas ternakan yang ada.
claim subsidi anak ikan keli tidak seragam: rungutan penternak
Artikel Terkini - Terkini
Written by PVH Thursday, 20 May 2010
Ramai sudah mengetahui, pengusaha keli sekarang mendapat susbsidi dari kerajaan kerana kenaikan kos seperti makanan. Subsidi ini diagihkan melalui jabatan Perikanan negeri.
Contohnya dengan membeli anak ikan keli 1000 ekor, bawa bil/resit pembelian anak tersebut, dapatlah claim subsidi berdasarkan jangkaan berat ikan iaitu 5-6 ekor/kg yang akan dituai pada kadar hidup 80%. Tidak silap di Kelantan untuk sekilo ikan keli, subsidi dari kerajaan 57 sen.
More Articles...
Page 1 of 3
Laman
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise