1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Terkini

Artikel aquakultur terkini dari Pergau Valley Hatchery

Ikan Keli menjelang ramadhan

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Thursday, 02 July 2009

ternakan keli

Menjelang bulan puasa permintaan terhadap bekalan anak keli meningkat, ini disebabkan peningkatan permintaan pada ramadhan. Selain dari pengusaha biasa yang secara rutin menternak keli., terdapat juga orang perseorangan yang mengusahakan ternakan hanya di bulan ramadhan sama ada untuk kegunaan sendiri atau jualan.

Trend ini dapat dilihat dalam tempoh 2 -4 bulan sebelum puasa, di mana pihak PVH hampir saban tahun menerima tempahan yang mendadak dalam tempoh masa ini.


Kualiti air bagi ikan keli

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Monday, 15 June 2009

Ramai pengusaha ternakan keli terutamanya yang baru menceburi bidang ini, terkeliru dengan kualiti air bagi ternakan. Pihak PVH kerap kali menerima dan menjawab soalan yang sama diajukan oleh para penternak.

’Bolehkah ikan keli diternak dalam air jernih’

Jawapannya  ’tidak boleh’

Masalah talian internet di Kelantan

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Saturday, 09 May 2009

Salam
pergauhatchery.com masih dalam proses pembikinan, buat masa sekarang pihak PVH menghadapi masalah talian internet akibat dari kerenah birokrasi pembekal talian jalur lebar di kawasan kami.

Setelah hampir setahun menunggu, permohonan pihak kami masih tiada respon di pihak terbabit. Buat sementara waktu kami cuba menggunakan saluran terhad yang lain seperti cc atau rangkaian selular


Kepentingan Aquakultur

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by PVH Tuesday, 24 March 2009

Salam Aqua

Pengenalan

Bidang aquakultur berkembang selaras dengan keperluan semasa bagi menampung bekalan makanan. Ikan antara sumber protein utama bagi penduduk di negara ini, selaras dengan itu bidang aquakultur perlu mencapai tahap industri bagi memenuhi permintaan ini.

Kemajuan dalam bidang ini terutamanya dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi menyediakan satu platform kepada pengusaha akuakultur untuk merebut peluang yang tersedia.

Selamat Datang ke pergauhatchery.com

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Written by pvh Monday, 23 March 2009

Salam

buat sementara waktu laman pergauhatchery.com dalam proses naik taraf.

Sepanjang beroperasi bermula 2006, web ini telah mengalami beberapa kali perubahan. Namum hanya beberapa kerat artikel terdahulu sempat kami simpan ketika kerja-kerja naik taraf sistem web terdahulu. 

Diharap kewujudan www.pergauhatchery.com memberi manfaat sedikit sebanyak kepada industri pertanian di negara baik secara langsung atau tak langsung.

-admin




Page 5 of 5

Laman

  • Banner