1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Jadi penternak ikan

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Mengapa anda jadi penternak ikan ?

Ramai tertanya-tanya apakah yang bestnya jadi seorang penternak ikan. sehingga ada yang sanggup berhenti kerja demi memberikan komitmen 100% kepada bidang ini.

Trend ini tidak terkecuali kepada golongan profesional dari pelbagai latarbelakang pendidikan. Malahan bidang aquakultur menjadi pilihan golongan pesara selepas tamat berkhidmat. 

Dengan kepelbagaian spesies ikan yang boleh diternak di negara ini, memberi satu kelebihan kepada pengusaha aquakultur. Bidang ini sangat luas, bermula dari ternakan ikan komersil sehingga ikan hiasan, salah satu sebab mengapa mereka diluar sana memilih bidang ini.

Malaysia terkenal di peringkat global dengan keluaran produk aquakultur berkualiti. Arowana atau ikan kelisa salah satu contoh produk kebanggaan negara ini bagi ikan hiasan. Walaupun kadang kala timbul isu-isu yang kontra, hakikatnya kita di mata dunia, sebuah negara maritim yang kaya dengan spesies ikan baik marin atau tropika bagi air tawarnya.

Sebenarnya berbalik kepada persoalan tadi,

setelah hampir dua dekad bergelumang dalam bidang ternakan air ini, kami di Pergau Valley Hatchery melihat ramai yang dapat bertahan dalam aquakultur ini, disebabkan minat mendalam terhadap bidang ternakan air ini. Golongan ini asalnya bermula dengan minat atau hobi di masa lapang.

Contoh dalam menternak ikan keli, ramai bermula dengan memelihara keli dalam sekitar 200 - 500 ekor di sekitar halaman rumah ataupun kerana ada kolam konkrit (kolah) terbiar yang kosong.

Di sini bermula peringkat pembelajaran mereka tentang apa itu ikan keli.

Bagaimana ikan ini hidup, jenis makanan, air yang digunakan, berapa lama kena ternak, penyakit dan ubat keli, peralatan ternakan dan proses pengurusan seperti greding (pilih besar tinggal kecil) dan tuaian. Akhir sekali urusan jualan, mungkin pada peringkat ini jual kepada jiran terdekat.

Setelah berjaya dalam beberapa pusingan atau beberapa tahun, mereka mula mengintai peluang untuk ke peringkat komersil. Mencari tapak ternakan seperti tanah untuk kolam, sumber makanan dan saluran pasaran selepas tuai. Perkara sebegini hadir seiring dengan keyakinan terhadap bidang ini. Tak kenal maka tak cinta.

Perniagaan keluarga

Selain daripada hobi, terdapat juga yang mewarisi bidang ini dari keluarga. Secara tradisi, golongan ini telah mendapat asas yang kukuh disebabkan pendidikan tidak formal dalam bidang ini sejak dari kecil lagi. Ada juga melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi memajukan lagi industri ini.

Dengan kata lain, ianya sebuah perniagaan keluarga. Kebanyakannya telah stabil dengan asas perniagaan yang kukuh. Ini dapat dilihat dari latar belakang  syarikat-syarikat besar yang beroperasi dalam industri ini, mojariti bermula dari teras perniagaan keluarga. Sama seperti bidang perniagaan lain, harus diingat bidang ini ada turun naiknya.

Minat dilampir dengan ilmu, adalah landasan yang betul untuk serius dalam bidang ini.

PVH Ogos 2009

Laman

  • Banner

Kalendar PVH

Stok benih keli 2012

pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012

-stok benih 1.5 & 2  inci

pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012

pusingan#3 Mac - April 2012
dijangka keluar pada 4 April 2012

pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012

kemaskini 27/4/2012