1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Kegunaan solar panel bagi pagar elektrik pertanian

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Ramai pekebun keliru, berkenaan fungsi panel solar bagi pagar elektrik. Anggapan mereka, panel solar sumber ialah sebagai kuasa kepada energizer pagar. Jadi jika guna panel solar tak perlu pakai bateri. Soalan ini selalu ditanya oleh pelanggan kami ketika membeli unit panel solar.

Anggapan ini adalah salah.

Fungsi sebenar panel solar

Solar panel, berfungsi hanya untuk mencas bateri sahaja. Sekiranya bateri anda lemah, biasanya akan dicas balik dengan alat mencas bateri sama ada di bengkel kereta dan kedai bateri atau cas balik guna kereta.

Dengan adanya alat solar panel ini, anda tidak perlu berulang alik memikul bateri dari kebun untuk dicas. Anda hanya perlu sambung wayar solar panel ini kepada kepala bateri dan biarkan panel ini beroperasi di waktu siang hari.

Ini amat meringankan beban bagi kebun yang terletak jauh di pendalaman atau sukar untuk pergi. Golongan ini kebiasaannya yang datang mendapatkan panel solar dari pihak kami.

Mudah dan ringkas.

Kami di Pergau Hatchery, harap penerangan ringkas ini dapat membantu para pekebun di luar sana yang masih samar-samar atau keliru lagi dengan fungsi sebenarnya panel solar bagi sistem pagar elektrik pertanian.

 

Laman

  • Banner

Kalendar PVH

Stok benih keli 2012

pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012

-stok benih 1.5 & 2  inci

pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012

pusingan#3 Mac - April 2012
dijangka keluar pada 4 April 2012

pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012

kemaskini 27/4/2012