Kemaskini info jangka pengeluaran anak: Berita baik buat pelanggan Pergau Hatchery
Written by PVH Monday, 29 March 2010
Artikel Terkini - Terkini
Salam Aqua,
untuk masa akan datang, info berkenaan pengeluaran benih keli Pergau Valley Hatchery akan dikemaskini di webpage kami iaitu di bahagian kalendar PVH.
Ini akan memudahkan pihak pelanggan/pengusaha untuk merancang pembelian atau penyediaan kolam bagi kemasukan anak baru.
Pada bahagian ini (ditanda biru), kami akan menyatakan stok semasa dan harga terkini dengan tarikh kemaskini dinyatakan. Diharap inisiatif ini membantu pelanggan kami di luar sana.
Setakat ini, Pergau hatchery memberi keutamaan kepada pasaran tradisi iaitu Kelantan, Terengganu utara dan Pahang utara, namun ini bukan halangan bagi pihak selain ini untuk berurusan dengan pihak kami. Kami mengalu-alukan anda.
Diharap kalendar PVH menjadi rujukan semasa bagi pihak pelanggan kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan dan pengunjung web ini kerana menyokong kami selama ini.
Laman
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise