1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Kerja teres tanah getah di Jeli dah mula

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini


Dengan musim kemarau yang tiba lebih awal tahun ini, mengizinkan pihak kami memulakan kerja teres tanah lebih awal. Semalam pihak PVH menghantar mesin bagi kerja teres di sekitar sempadan daerah Jeli -Tanah Merah. Rata-rata pelanggan kami, terdiri daripada orang peseorangan yang mengusahakan tanaman getah berskala 6 - 12 ekar per individu.

Dalam pada itu terdapat juga pengusaha kelapa sawit yang turut sama menyewa mesin dari pihak kami, bagi kerja-kerja teres, gali parit dan bina pada skala ladang. Pembukaan ladang baru di sekitar Kelantan agak rancak ini banyak dibantu dengan harga tanaman getah dan kelapa sawit tinggi di pasaran.

Untuk tahun 2013 pihak kami telah mendapat kerja meneres bagi tanaman semula getah di bawah bantuan agensi Risda di sekitar sini. Ternyata skim tanaman semula oleh pihak Risda banyak membantu pekebun kecil getah dalam memajukan tanaman getah ini.

Buat masa sekarang, mesin kami beroperasi di sekitar sempadan Jeli - Tanah Merah iaitu kawasan Gual Ipoh, Perala dan Air Dengong. Bagi yang berminat menyewa mesin dari pihak kami untuk kerja teres boleh hubungi Wan Mesin di talian 010-572 0755.

Laman

  • Banner