1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Tips mudah pasang pagar elektrik

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.

Read more...

Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012,  Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.

Read more...

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

 Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.


Read more...

Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

Ini antara contoh penghantaran sistem pagar elektrik kepada pelanggan Pergau Hatchery yang disempurnakan oleh pihak kami sendiri.

Read more...
  • Tips mudah pasang pagar elektrik

    Tips mudah pasang pagar elektrik

  • Berita baik, benih talapia kini ada di Pergau Hatchery

    Berita baik, benih talapia kini ada d

  • Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

    Tangki air rumah, berapa ekor muat an

  • Contoh penghantaran pagar elektrik kepada pelanggan kami

    Contoh penghantaran pagar elektrik ke

Previous
Next
  • Banner

Punca penyakit ikan keli: antara petunjuk awal yang perlu diambil kira

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini

Bagi penternak, penyakit ikan merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi. Ini satu realiti dalam industri ini. Namun sejauhnya persediaan pengusaha aquakultur terhadap masalah ini.  Ini penting dalam merancang ternakan terutamanya segi pengurusan: tempoh kemasukan benih , langkah pencegahan, tindakan alternatif yang perlu diambil serta kawalan ke atas ternakan yang ada.

Kami di Pergau Hatchery, dari pengalaman lepas mendapati salah satu faktor utama yang diperlu diambilkan sebagai petunjuk paling awal jangkitan penyakit ke atas ternakan ialah perubahan julat suhu harian yang luarbiasa.

Apa itu julat suhu harian?

Julat suhu ini ialah beza antara bacaan suhu pada waktu siang dengan waktu malam. Kebiasaannya julat suhu harian di Malaysia secara puratanya sekitar 4 - 6 darjah celcius. Contohnya pada waktu puncak tengahari  sekitar 33 C, di sebelah malam pula jatuh pada 27 C. Namun sekitarnya berlaku perubahan julat suhu yang luar biasa iaitu lebih dari 10 darjah. Pengusaha perlu ambil perhatian terhadap fenonema ini.  Contohnya pada waktu siang 35 C (sangat panas) manakala sebelah malam jatuh sekitar 20 C (sangat sejuk).  Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana ini akan beri kesan besar kepada ternakan khususnya dari segi daya tahan ikan.

Fenomena ini pernah berlaku sekitar hujung tahun 2007 sehingga suku pertama 2008. Ini terletak memberi kesan buruk kepada hampir keseluruhan industri aquakultur di sekitar Asia Tenggara. Banyak ternakan terkena penyakit yang jarang didapati sebelum ini. Antaranya anak keli mudah luka dan bengkak insan, induk keli sukar nak bertelur malah di setengah tempat lansung tiada telur. Sekaligus menjejaskan produktivi industri ini.

Ada yang mengaitkan fenomena ini dengan pertukaran musim monsun. Namun yang nyatanya pengusaha perlu mengambil langkah perlu dalam menghadapi masalah ini. Sekurang-kurang dengan info sebegini dalam mengelak kerugian yang lebih besar di masa hadapan. 

Laman

  • Banner

Kalendar PVH

Stok benih keli 2012

pusingan#1 Jan - Feb 2012
Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012

-stok benih 1.5 & 2  inci

pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012

pusingan#3 Mac - April 2012
dijangka keluar pada 4 April 2012

pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012

kemaskini 27/4/2012