1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Selamat tahun baru 2013

PDFPrintE-mail

Artikel Terkini - Terkini


Rasanya belum terlewat untuk pihak kami ucapkan selamat tahun baru 2013 di sini. Ini antara rentetan PVH sepanjang 2012

Pagar elektrik

Sepanjang 2012 lepas kami ucapkan terima kasih kepada pelanggan kami baik yang membeli secara offline maupun online. 2012 yang lepas pihak PVH berjaya menyiapkan beberapa projek pemasangan sistem pagar elektrik di sekitar Kelantan dan Perak dari projek berskala kecil sehingga ke peringkat ladang.

gambar: kerja-kerja pemasang pagar elektrik di Taiping Perak bagi ladang pisang

Hatcheri

Sepanjang 2012, pengeluaran benih keli oleh PVH agak kurang disebabkan faktor pemintaan benih yang kurang dari kalangan penternak. Pada penghujung 2012 berlaku sedikit peningkatan disebabkan harga keli di ladang yang tinggi. Jadi pihak PVH terpaksa perlahankan operasi hatcheri sepanjang tahun lalu.

Kerja teres tanah

Selain hatcheri dan sistem pagar elektrik, kami turut sama sediakan khidmat sewa jentera bagi kerja tanah seperti teres & cuci kawasan khususnya untuk tanaman getah & kelapa sawit. Sepanjang 2012 PVH sempat menyiapkan beberapa kawasan teres di sekitar kawasan Jeli & Tanah Merah Kelantan.

Untuk 2013 yang mendatangkan kami cuba kemaskini kembali www.pergauhatchery.com, ini didorong oleh capaian 3G telah sampai ke premis kami.

Laman

  • Banner