Stok benih keli bagi bulan puasa
Written by PVH Thursday, 29 April 2010
Artikel Terkini - Terkini
Bulan puasa tinggal sekitar 3 bulan lagi. Berita baik untuk penternak di luar sana, pihak kami menyediakan stok anak keli 2 - 3 inci, sekitar 100k untuk ternakan bulan puasa akan datang. Bagi berminat sila hubungi nombor tertera di web ini untuk pembelian atau tempahan.
Keli dan bulan puasa
Menjelang Ramadhan, ikan keli menjadi tumpuan bagi pengusaha ternakan air tawar, kerana permintaan ikan keli pada bulan ini meningkat. Kebiasaannya pada masa ini permintaan anak keli akan meningkat sehingga 3 kali ganda dari biasa berdasarkan rekod Pergau Hatchery.
Selain pengusaha tradisi, terdapat juga penternak jenis bermusim akan membela keli khusus untuk bulan puasa sahaja. Sekadar kegunaan sendiri atau untuk dijual. Sebagai contoh penjual ikan bakar keli, mereka lebih gemar menternak keli sendiri bagi mendapatkan saiz ikan yang lebih besar sekitar 3 ekor sekilo.
Musim kemarau panjang di Kelantan, jejaskan penternak
Di Kelantan, pada tahun ini musim kemarau agak panjang dengan cuaca panas sejak awal tahun hingga sekarang menyebabkan pengusaha ternakan keli di sebelah hilir khusus sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu tidak dapat memasukkan ikan seperti biasa disebabkan kebanyakan kolam dan tali air kering.
Ini dapat diperhati daripada permintaan anak keli yang tidak serancak tahun sebelumnya. Musim kemarau kali ini, agak membimbangkan penternak sedia ada, kerana paras air kolam atau tali air yang tinggal mungkin tidak sempat menampung ikan sehingga dapat dituai.
Khabar dari Pasir Mas, hingga kini hanya ikan keli dan patin sahaja dapat bertahan di dalam tali air pada paras kritikal. Di harap pihak kerajaan mengambil langkah kecemasan bagi jangka pendek atau panjang mengatasi masalah ini.
Hujan menjadi harapan tunggal bagi masalah air kering ketika ini, sekiranya hujan turun dalam jumlah mencukupi, dapatlah penternak mendapat rezeki bulan puasa ini.
Laman
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise