1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>
  • Banner

Tangki air rumah, berapa ekor muat anak keli ?

PDFPrintE-mail

Artikel aqua - Ternakan Keli


Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.

Trend ini, berlaku selepas ternakan keli dalam kanvas melanda negara 4 -5 tahun lepas. Di mana ada penternak mula mencari alternatif dengan gunakan tangki air hitam yang biasa diguna sebagai tempat simpanan air di rumah bagi menternak keli. Terbukti ternakan di dalam tangki ini, tidaklah mengecewakan baik dari segi kualiti dan tempoh tuaian ternakan. Sekali memberi demensi baru dalam ternakan keli di Malaysia khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah.

Secara dasarnya ternakan keli di dalam tangki air terdapat 2 saiz yang lazim digunakan pakai


  1. Untuk tangki biasa iaitu saiz kecil iaitu muat dalam 200-300 ekor
  2. Manakala tangki lebih besar seperti dalam gambar di bawah, ini muat sekitar 500 -600 ekor


Kedua-dua saiz tangki mudah didapati di kedai-kedai hardware.

Laman

  • Banner