Ternakan keli: apa yang anda perlu tahu sebelum masuk anak benih
Written by PVH Wednesday, 10 November 2010
Pada minggu ini saya didatangi oleh 2-3 orang yang baru hendak belajar membela ikan keli. Rata-rata mereka teruja ketika datang membeli anak beli di Pergau Hatchery.
Kebiasaannya golongan ini ada beberapa soalan asas berkenaan ternakan keli. Perkara yang kerap ditanya ialah berapa luas kolam dengan jumlah anak dan jenis makanan ikan. Namun ramai tidak tahu beberapa perkara asas perlu mereka tahu sebelum memasukkan benih keli ke dalam kolam.
Antara perkara asas:
1. Ikan keli diternak di dalam kolam yang mana airnya tidak mengalir, ramai beranggap ikan keli dibela seperti ikan tilapia iaitu perlukan air kolam yang mengalir.
2. Saiz kolam tidak perlu besar sangat untuk permulaan.
3. Teknik beri makan keli yang betul perlu dalam elak air kolam menjadi busuk.
4. Kenali musuh kolam anda, antaranya belut, burung hantu dan memerang.
5. Sifat ikan keli, makan setempat jadi tiada masalah sekiranya kolam anda besar.
Diharap info asas sebegini membantu penternak yang pertama kali menceburi bidang ini.
Laman
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Energizer pagar elektrik
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Kepentingan Aquakultur
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise