Tips ternakan keli di musim banjir
Written by PVH Sunday, 05 December 2010
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh penternak keli ialah musim banjir. Ini dibantu oleh persekitaran industri ini yang rata-rata terletak di kawasan tanah rendah. Di Malaysia musim monsun timur laut yang bermula sekitar hujung Oktober sehingga akhir Febuari merupakan musim banjir kepada beberapa negeri di pantai timur semenanjung seperti Kelantan, Terrenganu, Pahang .
Malah sejak kebelakangan ini negeri utara seperti Kedah dan Perlis juga tidak terkecuali . Kebiasaanya kemuncak sekitar Disember.
Musim ini, merupakan waktu ‘cuti’ bagi kebanyakan penternak. Namun di sini, Pergau Hatchery berkongsi serba sedikit tips bagi penternak dalam menghadapi musim banjir:
- Rancang kemasukan anak benih. Biar sempat dituai sebelum musim banjir bermula.
- Kenal pasti kolam yang bermasalah. Iaitu mana kolam yang ditengelami air atau tidak.
- Bagi yang menternak keli secara berperingkat point no 2 penting, penternak punyai pilihan tempatkan ikan mengikut peringkat berdasarkan kolam. Elakkan ikan yang baru dimasuk ke dalam kolam yang paling awal ditenggelami air.
- Sistem saliran kolam perlu baik. Iaitu paip air keluar kolam, jumlah curahan hujan yang banyak boleh limpah air kolam sekiranya paip keluar tidak sempurna.
- Tahu paras kebiasaan air banjir di kawasan kolam anda, iaitu paras maksimun air. Ini bagi menghadapi segala kemungkinan. Contohnya anda boleh memagar kolam yang jarang ditenggelami air dengan pukat untuk mengelak ikan keluar.
Diharap tips ringkas ini dapat membantu penternak di luar sana.
Laman
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Energizer pagar elektrik
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Kepentingan Aquakultur
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise