Teknik asas rawatan air kolam
Written by PVH Sunday, 23 August 2009
Penternak sering kali tertanya-tanya apakah teknik terbaik untuk merawat sumber air kolam mereka. Bagi yang baru, golongan ini mesti telah mencuba pelbagai teknik dari mekanikal sehinggalah rawatan kimia.Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk merawat sumber air ke dalam kolam ternakan anda. Bergantung kepada jenis ternakan dan kolam yang diguna pakai.
PVH ingin berkongsi satu teknik paling asas dalam merawat sumber air kolam ternakan. Teknik ini murah dan senang digunakan.
Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.
Sebelum digunakan dalam kolam ternakan sumber air ini perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.
Hasilnya, air yang lebih bersih dapat digunakan untuk kolam ternakan. Teknik diguna meluas terutamanya bagi sumber air bawah, kerana kandungan bahan terlarutnya lebih tinggi. Selamat mencuba.
Laman
Artikel Popular
- Sistem pagar elektrik
- Makanan ternakan ikan keli - proses sendiri
- Energizer pagar elektrik
- Ternakan Ikan Keli
- Sistem pagar elektrik bagi ternakan
- Pagar elektrik untuk tanaman
- Sistem ternakan ikan keli
- Peralatan pagar elektrik
- Benih keli PVH
- Latarbelakang Pergau Valley Hatchery
- bina kolam ikan, tolong ikut saiz yang betul
- Teknologi pembuatan kolam konkrit atau kolah bagi ternakan keli
- Kepentingan Aquakultur
Kalendar PVH
Stok benih keli 2012
pusingan#1 Jan - Feb 2012Benih diangkat naik dari kolam pada 11 &12 feb 2012
-stok benih 1.5 & 2 inci
pusingan#2 Feb - Mac 2012
dijangka keluar pada 8 March 2012
pusingan#3 Mac - April 2012dijangka keluar pada 4 April 2012
pusingan#4 April - Mei 2012
jangkaan pengeluaran sekitar 14 Mei 2012
kemaskini 27/4/2012

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan pagar elektrik, ini antara tips berguna bagi pekebun getah dan sawit. Sekiranya ada jentera atau ketika kerja-kerja meneres/mencuci kebun dijalankan, sila suruh diorang bersihkan terus kawasan tepi tanah yang ingin dipagar.
Berita baik, bagi peminat ikan talapia di luar sana. Untuk 2012, Pergau Hatchery kembali menyediakan stok benih talapia kepada penternak iaitu dengan saiz anak 1.5 inci. Sekiranya tuan-puan berminat boleh call kami terus di talian 019-2649418 untuk tempahan.
Ini antara soalan lazim yang ditanya kepada kami. Rata-rata penternak sekarang berfikiran lebih terbuka, iaitu mula menerima kaedah ternakan keli dalam tangki fiber ini. Ini sekaligus menyediakan satu peluang baru kepada penternak berskala kecil di mana hasil ternakan dihidang di meja makan keluarga atau tambah duit kocek keluarga.





Pergau Hatchery Enterprise